Lelaki
Lelaki
 bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis
 bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa 
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa 
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???
Hukum
 menjelaskan anak lelaki  bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya 
dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak
 lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat
 kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya 
maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik 
dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami
 diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri
 walaupun  isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai 
pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri 
tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak 
lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang 
bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. 
Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang 
daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang 
dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana 
memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. 
WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda
 yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat 
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar 
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita 
perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali 
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita
 menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik 
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
 menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan 
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan 
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana 
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt 
(dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : 
1. ibunya 
2. isterinya 
3. anak perempuannya 
4. saudara perempuannya. 
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 
1. suaminya
2.ayahnya 
3. anak lelakinya 
4. saudara lelakinya 
Seorang
 wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg 
disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya                                              
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita 
yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH 
akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang 
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH 
pada wanita! 
  Seorang wanita adalah pelengkap 
dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai 
lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab 
itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka 
dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, 
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa 
disisiNYA.
p/s : sumber dari seorang HAMBA ALLAH