Taknak bercerita panjang.. Back to tittle..
Semua tahu kehebatan Jenama pengeluar "gadget" seperti Apple dan Samsung. Apple tentunya dari negara hebat USA manakala Samsung dari negara pengeluar Asia terkenal Korea Selatan.
Kelancaran produk-produk dari Apple dan Samsung dilihat seimbang dan masing-masing mencari kelebihan untuk "mengikat" hati pengguna atau peminat setia, sehinggakan berjaya "menutup" kehebatan Nokia dari Finland yang dulunya suatu kuasa besar dalam pasaran telefon pintar.
Namun kebelakangan ini, kita dapat lihat pelbagai jenama baharu yang bersaing ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, ada antaranya menawarkan produk dengan harga yang murah termasuklah pesaing dari negara Malaysia. Dengan berbekalkan produk "Ninetology, produk kita masih mencari rentak dalam pasaran tempatan mahupun luar negara.
Antara lain ialah Cherry Mobile di Filipina, Micromax di India dan Q-Smart di Vietnam berjaya membuat pencabar utama dunia gentar dengan ciri-ciri menarik dan telefon pintar berskrin besar yang dijual serendah AS$30 (RM97) tanpa sebarang subsidi daripada syarikat telekomunikasi, Smartfren dan Cyrus di Indonesia, QMobile di Pakistan dan I-Mobile di Thailand.
Perhatian diberikan kepada Lenovo dari China, negara yang memang terkenal dengan populasinya yang berjuta malah kestabilan ekonomi yang makin maju sehingga menjadi antara negara kuasa dunia. Lenovo yang bercirikan telefon pintar namun ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Satu lagi keluaran China yang bakal menggugat Apple dan Samsung ialah Xiaomi, satu produk telefon pintar yang baru yang menawarkan harga separuh dari harga iPhone 5s dan Samsung Galaxy s5.
Produk yang hanya mengiklankan produknya di sekitar China mula meneroka pasaran Asia yang lain seperti Singapura.
Menggunakan perisian baru Google untuk Android, Xiaomi mungkin berjaya menarik hati pengguna telefon pintar sepertimana Lenovo.
Telefon Pintar Xiaomi
notakaki: aku pengguna Apple, Samsung, Htc, Sony, BB, dan sekarang salah satunya Lenovo.. heMoh (^_^)!

No comments:
Post a Comment