Lebih teruk dari binatang..ini mungkin ungkapan atau tanggapan yang sesuai atau ade lagi yang lebih sesuai..tak tau lah..dunia zaman sekarang..dan orang selalu sebut dunia akhir zaman..dan dunia zaman ini jugak lah berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akibat didera bapa tirinya sejak lebih tujuh tahun lalu..HILANG INGATAN.
Berdasarkan kesan kecederaan pada tubuhnya, kanak-kanak etnik Rohingya dikenali sebagai Shafiq itu dipercayai didera dengan dicucuh api puntung rokok, ditekap pisau panas, dipukul dengan kayu, wayar, tali pinggang, selain disepak terajang tanpa belas kasihan.
Dia diserahkan ke rumah anak yatim itu oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berpejabat di Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi maklumat diberikan kepada jurubahasa, Nasaruddin Shamsuddin, 13, kerana Shafiq tidak fasih berbahasa Melayu, kanak-kanak itu hanya mengingati beberapa fakta secara umum disebabkan ingatannya terjejas berikutan trauma dialami terlalu teruk akibat kesan penderaan.
Anak adalah anugerah Tuhan
: - sumber dari myMetro